Thursday, July 12, 2012

Periuk Kukus Cap Buaya

Mr. Husband pergi ke Pantai Timur baru2 ni, so sebagai ole ole dapatlah Juju sebuah periuk kukus. Maka bertambahlah aset baru dapur Juju. Tapi jangan berkarat aje nanti sbb Juju hangat2 tahi ayam aje sudahlah. 




Kelakar juga rupa2 nya Mr. Husband hanya tahu yang periuk kukus boleh buat kuih sahaja walau sebenarnya ia boleh buat ikan stim mahupun kek jugak. Humm...mungkin jika berpeluang bolehlah Juju gatal2 cuba resepi baru nanti.. ^^,)



Friday, July 6, 2012

Amalan Doa & Surah Ibu Mengandung

Salam semua. Saat ni hujan sedang menemani kesunyian aku di depan papan kekunci laptop usang ini. Apa yang nak dicoretkan ye? Humm...berlegar-legar pelbagai idea di kotak minda ini. Lalu aku pilih satu darinya. Moga ada yang dapat manfaat darinya, insyaAllah.

Sekadar berkongsi : Amalan Doa & Surah Ibu Mengandung

*Saya juga masih berusaha melakukannya ^.^)

DOA

(1) Doa memohon rahmat - Surah Ali 'Imran, 3: 8-9.

(2) Doa memohon zuriat yang baik - Surah Ali 'Imran, 3: 38.

(3) Doa agar anak mengerjakan solat - Surah Ibrahim, 14: 40-41.

SURAH AL-QURAN

(1) Surah Al-Fatihah - Untuk terang hati & kuat ingatan.


(2) Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin.


(3) Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak yang cantik rupa & akhlak.


(4) Surah Luqman - Untuk memperoleh anak yang cerdik akal & jiwa.


(5) Surah Yasin - Untuk ketenangan hati & anak tidak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.


(6) Surah Toha - Semoga bayi lembut hati.


(7) Surah An-Nahl - Untuk memperoleh anak yang berdisiplin.


(8) Surah At-Taubah - Untuk membersih jiwa & terpelihara daripada maksiat.


(9) Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu & anak bersifat hati-hati.



Sebagai tambahan mungkin lebih baik kita khatamkan senaskah Al-Quran sepanjang kehamilan. Mudah-mudahan bayi yang bakal lahir nanti comel dan menjadi anak yang soleh/solehah. Amin~

Monday, July 2, 2012

Mee Bandong Muar

Pehh...menu malam ni ialah Mee Bandong Muar. Masa blk kg ari tu da tapau rempah ready made siap2. Mr Husband suka ni..senang je sbb tggl campak2 je.


Bahan:
Sepaket mee kuning
Sepaket rempah mee bandung segera Muar
Sawi seikat
2 keping fish cake
Ayam/udang/daging/sotong sebagai tambahan ikut suka
3 biji telur

Langkah:
  1. Tumis rempah mee bandung sebentar. Kemudian masukkan air. Biarkan mendidih.
  2. Masukkan pula fish cake dan ayam/udang/daging/sotong. Biarkan semua bahan masak.
  3. Diikuti dengan sawi dan telur.
  4. Ketepikan setelah siap.
  5. Mee kuning di rebus sebentar, tp jgn smpi kembang.
  6. Hidangkan dalam bekas berasingan.
  7. Bila nak makan baru campurkan kuah bersama mee bersama.
  8. Boleh taburkan bawang goreng sebagai tambahan.
Alhamdullillah, menu malam ni cukup menyelerakan Mr husband. Asyik makan nasi pon jemu jgk. Sekali sekala tukar apa salahnye. Mmm...pasni sok lusa nk msk menu apa plak ye? Hmmm....keep thinking  ≧◠◡◠≦✌

 


Bubur Tepung Pulut

Tercari-cari apakah menu yg aku nak masak hari ni. Asyik masak yg sama bosan pulak. Semalam jalan2 soping barang dapo kt MyMydin bole tahan jgk. Aku teringat yg aku ada amik tepung pulut. Hmmm....nak wat kuih onde@gula melaka, xde kelapa parut pulak. Lastly teringat menu Bubur Tepung Pulut. Tp aku xpena wat lg resepi ni... agak2 jela. Xsalah kite mencuba. Aku jgk x pasti Mr Husband suke ke x mkn mknn jenis bubur ni...try jelah!




Bahan A:
Tepung Pulut
Air

Bahan B:
Santan kelapa
Garam
Gula Melaka
Gula Pasir
Daun pandan

Langkah:
  1. Campurkan air ke dalam tepung pulut di dalam mangkuk. Jadikannya doh yg tidak melekat pada jari.
  2. Terpulang jika nak tambah pewarna misalnya aku gunakan pink dgn menambah sedikit sirap pada doh.
  3. Panaskan seperiuk air, biarkan mendidih.
  4. Bentukkan doh td bulat2 kemudian tekan sedikit di bahagian tengahnya seperti dalam gambar.
  5. Kemudian masukkan ke dalam air mendidih.
  6. Tepung pulut yg telah masak akan timbul di permukaan air.
  7. Angkat dgn tapis dan simpan dalam bekas berisi air masak biasa supaya tidak melekat antara satu sama lain.
  8. Buat sehingga doh habis.
  9. Bagi kuahnya pula, mulakan dengan mencampurkan semua bahan B iaitu santan kelapa, sedikit garam, gula melaka, gula pasir dan beberapa helai daun pandan yg dicarik-carik. 
  10. Rasa manis adalah mengikut citarasa anda sendiri.
  11. Didihkan dengan api kecil supaya kuah cantik.
  12. Angkat dan sejukkan bila kuah masak.

Bubur ni sedap dihidang sejuk2, samada nak tambah air batu kedalamnya atau simpan awal dalam peti sejuk terpulanglah pada anda. Hmm...hasilnya, Mr Husband memuji air tgn aku. Boleh buka gerai depan umah katanya, hehe....alhamdulillah...percubaan pertama menjadi. Sedap, sedap, sedap......slurpppp