Bahan A:
Tepung Pulut
Air
Bahan B:
Santan kelapa
Garam
Gula Melaka
Gula Pasir
Daun pandan
Langkah:
- Campurkan air ke dalam tepung pulut di dalam mangkuk. Jadikannya doh yg tidak melekat pada jari.
- Terpulang jika nak tambah pewarna misalnya aku gunakan pink dgn menambah sedikit sirap pada doh.
- Panaskan seperiuk air, biarkan mendidih.
- Bentukkan doh td bulat2 kemudian tekan sedikit di bahagian tengahnya seperti dalam gambar.
- Kemudian masukkan ke dalam air mendidih.
- Tepung pulut yg telah masak akan timbul di permukaan air.
- Angkat dgn tapis dan simpan dalam bekas berisi air masak biasa supaya tidak melekat antara satu sama lain.
- Buat sehingga doh habis.
- Bagi kuahnya pula, mulakan dengan mencampurkan semua bahan B iaitu santan kelapa, sedikit garam, gula melaka, gula pasir dan beberapa helai daun pandan yg dicarik-carik.
- Rasa manis adalah mengikut citarasa anda sendiri.
- Didihkan dengan api kecil supaya kuah cantik.
- Angkat dan sejukkan bila kuah masak.
Bubur ni sedap dihidang sejuk2, samada nak tambah air batu kedalamnya atau simpan awal dalam peti sejuk terpulanglah pada anda. Hmm...hasilnya, Mr Husband memuji air tgn aku. Boleh buka gerai depan umah katanya, hehe....alhamdulillah...percubaan pertama menjadi. Sedap, sedap, sedap......slurpppp
No comments:
Post a Comment