Monday, June 25, 2012

Kacang botol goreng

Ada kacang botol segar2 plak dalam peti ice. Terlebih beli. Wat ulam suda. Sekarang nak try goreng  pulak...Jom




Bahan:
12 batang kacang botol (dihiris serong2)
Seulas bawang kecik
Seulas bawang putih
Sedikit ikan bilis
Lada besar (dipotong nipis)
Sebiji telur
Garam
Minyak

Langkah:
  1. Tumiskan bawang putih, bawang kecik, lada besar & ikan bilis. Masukkan telur.
  2. Kemudian masukkan kacang botol. Letak garam untuk sesuaikan rasa.

Da siap pon. Hmm..

Sup kaki ayam & leher ayam

Masak petang2 ni slow ckit mood. Hmm...sebab Mr Husband beli kaki ayam + leher ayam boleh la aku wat sup. Menarik jgk ni.. Kaki ayam ni pon gumuk2 tembam...haha Meh kita wat Sup!








Bahan:
10 ketul kaki ayam
5 ketul leher ayam
Sebiji kentang (dipotong dadu)
1 bungkus sup bunjut ADABI
Sesudu rempah sup ADABI
Seulas bawang putih (dimayang)
2 ulas bawang kecik (dimayang)
Seinci halia (dimayang)
Daun sup & daun bawang (dihiris nipis)
Air secukupnya
Garam
Minyak




Langkah:

  1. Tumis bawang putih, bawang kecik dan halia hingga kekuningan. Masukkan air dan sup bunjut.
  2. Masukkan kaki ayam dan leher ayam, rebus hingga masak.
  3. Masukkan pula kentang. Bila suda empuk masukkan rempah sup adabi dan garam. Sesuaikan rasa.
  4. Hidangkan bersama daun bawang dan daun sup.












Wednesday, June 13, 2012

Sayur kacang buncis & sambal belacan

Dalam keadaan mengantuk, nak jugak update blog ni. Apapun malam ni Mr. Husband senyum lebar ler, sebab dia suka betul makan Sayur Kacang Buncis. Kegemarannya katakan.



Bahan:
Kacang Buncis
Lobak merah
Bawang merah (dihiris kasar)

Bawang putih (diketuk)

Lada besar (dihiris nipis)

1 biji telur
Sedikit sotong
Garam

Langkah:
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan lada besar sebentar. 
  2. Masukkan sotong.
  3. Pecahkan telur pada tepi kuali tak mengenai bahan tadi. Kacaukan.
  4. Masukkan kacang buncis dan lobak merah. 
  5. Tambah garam dan tunggu hingga masak.  
Kita padankan pulak ngan Sambal Belacan simple. Walaupun aku tak pandai makan sambal belacan sangat, apa salahnya mencuba membuatnya. Kebetulan ada petai da layu alam peti ais, bolehlah dipadankan bersama.






Bahan:
1 biji lada besar
10 biji cili padi/cili siam
1/2 ulas bawang merah

Belacan (dibakar/digoreng)
1/2 biji tomato
Garam
Limau kasturi


Langkah:
  1. Tumbukkan semua bahan. 
  2. Sesuaikan rasa dengan garam.
  3. Jika nak cair sedikit boleh tambah air masak.
  4. Letak limau kasturi yang dibelah dua sebelah sambal belacan yang telah siap. 
Berselera Mr. Husband makan. Kebetulan ada lauk kari ayam sekali malam ni. Cuma kari ayam tu aku tak sempat nak ambil gambarnya. Mungkin lain kali saja aku kongsikan resepinya. Mata da mengantuk, nak pergi tidur lah. Selamat malam....







Asam Pedas Ikan Parang

Menu malam ni Asam Pedas Ikan Parang. Disebabkan aku tggl berdua je ngan Mr. Husband masak seketul aje ikan parang ni da memadai. Ada lauk lain lg nnt. Jom kita tengok kaedah menyediakannya.




Bahan:
Ikan Parang
Lada kering yg dikisar
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Kunyit hidup
Air asam jawa
Garam
Belacan (kalau suka)
Daun kesum/bunga kantan

Langkah:
  1. Kisar lada kering bersama bawang putih, bawang merah, halia dan kunyit hidup.
  2. Tumiskan bahan kisar tadi hingga garing.
  3. Masukkan air dan daun kesum/bunga kantan, tunggu mendidih. 
  4. Masukkan ikan, biarkan hingga ikan masak.
  5. Masukkan belacan (jika suka), air asam jawa dan garam. Sesuaikan rasa.
Memasak tak lah susah sangat, yang penting ada kemahuan. Selamat mencuba!




Tuesday, June 12, 2012

Roti Telur + Sosej

Malam td pesan Mr.Husband beli roti Gardenia ngan sosej. Pagi ni kita sarap roti telur sosej ye...senang je.






Bahan:
Roti
Sosej
Telur
Bawang putih
Garam

Langkah:
  1. Pukul telur ngan garam dan bawang putih yg diketuk. 
  2. Gulung sosej ngan roti.
  3. Celupkan ke dalam telur. dan gorengkan smpi masak.
Mr.Husband senyum je tengok sarapan pagi ni. Maklumlah lawan pulak ngan kopi o' 434 kow2. Terbaek!


Monday, June 11, 2012

Hidangan sambal sotong

Ape nak masak hari ni. Memandangkan ada sotong dalam peti ais, masak Sambal Sotong aje lah! Jom...





Bahan:
Sotong
Lada kering yg siap dikisar
Bawang putih (Ditumbuk)
Bawang kecil (Ditumbuk)
Bawang merah (Dipotong besar2)
Garam
Gula
Air asam jawa
Belacan (kalau suka)

Langkah:
  1. Tumis bawang putih dan bawang kecil yg telah ditumbuk hingga naik bau dan garing.
  2. Masukkan lada kisar. Goreng hingga lada masak.
  3. Masukkan sotong dan belacan.
  4. Diikuti dengan air asam jawa dan bawang merah yg dipotong besar2.
  5. Kemudian tambah bahan perasa iaitu garam dan gula ikut citarasa anda.
 Tadaaaa.........siap!

Jom sarap dengan Cekodok Pisang

Pagi2 lg da bangun, menjalankan rutin harian membuat sarapan pagi untuk suami tercinta. Walaupun hanya sekadar sarapan biasa yg simple2, jadilah untuk mengalas perut. Pagi ni aku wat Cekodok Pisang yang gebu. Senang, cepat & tembam2....







Bahan2:
Pisang (ikut suka jenis apa)
Tepung gandum
Garam
Gula
Serbuk Baking Powder

Langkah:
Campurkan semua bahan, gaul rata. Panaskan minyak dan goreng. Lebih elok jika gunakan tangan semasa masukkan dlm kuali menggoreng tu. Baru jadi bulat2 cekodoknya.

Humm...jemput makan!

Monday, June 4, 2012

Ikan terubuk goreng + kicap cili

Humm...jalan2 kat pasar ternampak ikan terubuk tinggal seekor. Cam tau2 je tuan kedai nak tinggal kan tuk aku. Ape lg, beli la...balik boleh goreng cicah ngan kicap cili. Senang jer...Walaupun ikan terubuk terkenal ngan tulang nyer yang banyak dan kecil2, namun isinya yg lemak sangat mengujakan. Tak toleh kiri kanan bile mencicah....^^














Alahai ikan cencaru bakar + air asam

Da lama jemari ni x menaip. Rasa gatal nak berceloteh pulak tiba2. Malam ni rasa nk wat ikan bakar menggunakan ikan cencaru. Disebabkan aku hanya duduk di pangsapuri, jadi xde kelengkapan membakar ikan. Asal boleh, aku guna aje dapur gas dengan api yg paling kecil. Lg satu, aku jenis yg x ikut sangat resepi secara tepat tetapi hanya campurkan ikut kesesuaian.



Ikan Cencaru Bakar Simple
Ikan Cencaru
Asam jawa
Serbuk Kunyit

Air Asam
Asam jawa
Air masak
Gula
Garam
Cili (dihiris)
Bawang merah (dihiris)

Cara:
  1.  Lumurkan ikan cencaru bersama serbuk kuniyt & asam jawa sedikit.
  2. Panggang ikan smpi masak 

Bagi air asam pulak:
  1.  Campurkan asam jawa dengan air masak kemudian tapiskan.
  2. Masukkan bahan2 lain 
  3. Sesuaikan rasa ikut selera anda

Sedap dimakan bersama nasi panas ni....nyam3